Thursday, August 30, 2012

Monday, April 27, 2009

lakar suci jujur

ini lakaran mujahid, baru umur 4 tahun, mungkin. tapi, setiap watak dalam lukisan dia, mempunyai karakter yang sama. sebab itu saya terpanggil untuk menindainya serta hantarkan ke sini.lagipun saya masih belum jumpa sketchbook saya. misples agaknya.



aya menindai serta hantarkan ke sini.saya coba masukkan bayang pada lukisan beliau, tetapi agak sukar untuk mendapatkan form karakter tersebut. sememangnya imaginasi kanak-kanak ini lebih mendalam daripada saya. jika dilihat pada makhluk-makhluk tersebut, dapat di perhatikan terdapat beberapa ciri-ciri yang di kekalkan walaupun beliau melukis beberapa ekor makhluk tersebut.



ah..kanak-kanak..memang jujur bila melakar..dari hati terus ke mata pena dan terus tercetak mesej..sangat mudah..bukan macam kita, sudah macam-macam dalam kepala, negatif/positif..semua ada..semua mempengaruhi..ada yang melukis untuk duit,ada yang melukis kerana suka, ada yang melukis demi chénta, ada jugak yang melukis semata-mata untuk mendapatkan gadis-gadis..huh..

Wednesday, April 22, 2009

YAY art

hei.sudah lama tiada update.saya ada mengusahakan satu conteng-contengan dan menyertai ntah apa kompetisi ini..ini adalah makhluk yang masih belum bernama..ada sesiapa mempunyai ide?. saya lihat ianya sudah seakan-akan The Smurf. sekiranya sesiapa ada berminat, silalah YAY! di sini dan sini, bagi menyokong hasil kerja saya. terima kasih



dabéh masih lagi dalam hiatus.ntah pendekar itu ada kerja apa tiada lagi mengusahakan video dabéh ini. saya? saya tak rajin hendak menggerakkan tanah liat sebanyak 500 kali bagi animasi selama 15 saat. haha..

Wednesday, April 8, 2009

G.A.S.P

Tersebutlah suatu acara gemilang akan diadakan pada 18April2009 bersamaan hari Sabtu. Bertempat di KOTAKOTAK art gallery,bandar indera mahkota, kuantan. Persembahan lukisan-lukisan oleh pelukis yang rata-rata bergelar pensyarah dari UiTM dan Kolej IKIP serta beberapa pelukis tempatan.
Majlis bermula pada pukul 0830 malam. Kod pemakaian,err,pakai baju hitam je lah, baru anggun.(sila klik imej untuk kad jemputan serta pelan ke KOTAKOTAK). Terima Kasih.

Perincian majlis

Tajuk : GASP - Group of Artists Saying Peace
Tarikh : 18 April 2009
Hari : Sabtu
Masa : 0830 malam
Tempat : KOTAKOTAK art gallery



Thursday, March 19, 2009

Monday, February 9, 2009

pulpa kayu

hari itu, javis koker ada menelefon saya..katanya mahu mengajak saya mengusahakan satu projek..setelah berbincang lebih kurang, jadi saya mengusahakan satu video sebagai contoh..tetapi semua kerja di lakukan oleh saudara heri kita, seorang pendekar melayu asli. dengan usaha murni beliau, video ini dapat di siapkan, tetapi hanya separuh sahaja yang dapat di tayangkan di sini. kerna saya khuatir saudara javis berbunyi kelak..saksikan lah..

bajuti

bajuti dabéh..masih dalam proses design, apa yang ada sekarang, hanya lah dabéh dan rakannya..ada sesiapa yang mahu memberikan pendapat, sila tinggalkan di ruang komen.







tulisan di dalam belon cakapan itu, sebenarnya untuk tulisan dabéh sahaja, tapi oleh kerana saya bermurah hati, jadi saya menerima sesiapa yang mahu menulis apa-apa..bergantung kepada kemurahan hati la..hahah..